Pages

Thursday, April 14, 2011

PILIHARAYA NEGERI SARAWAK

1)Dari apa yang aku ikuti melalui laporan-laporan internet, akhbar, dan media-media, BN akan mampu menang untuk membentuk kerajaan tetapi akan kehilangan beberapa lagi kerusi.

2) Pada hemat saya ini berpunca daripada beberapa kritikan keras daripada banyak pihak yang memainkan isu meletakan semula Taib Mahmud. Walaupun banyak muka-muka baru ditonjolkan tetapi kritikan ini sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada piliharaya kali ini. Bilangan pengundi dikalangan generasi muda juga telah bertambah dan rata-rata mereka ini terpengaruh dengan arus pembangkang yang mewarnai politik tanah air kita teutama dari kalangan masyarakat bukan melayu/bumiputera.

3)Isu video sex Anwar Ibrahim juga tidak mendatangkan kesan positif kepada para pengundi di Sarawak untuk menyokong BN malahan banyak pendapat dan penganalisis politik, video ini mendatangkan keadaan sebaliknya iaitu sokongan pengundi terhadap pembangkang akan meningkat. Di dalam blog dan komen-komen yang saya baca banyak yang mempertikaikan moral dan peribadi ketiga-tiga 'Datuk T' ini.

4)  Saya melihat keputusan pilihanraya di Sarawak kali ini akan mengecewakan BN dan kalau kita ingat bagaimana UMNO ingin mempertahankan Wan Mokhtar di Terengganu satu ketika dulu menerima padah yang sangat merugikan BN sendiri.

5) Apapun sama-samalah kita tunggu keputusanya beberapa sahaja hari lagi.


SALAM PERJUANGAN

Tuesday, January 4, 2011

PRU 13 - PERPADUAN UMNO DI PERINGKAT BAHAGIAN

1)  Saya terpanggil untuk mengulas mengenai perpaduan ahli-ahli UMNO Selangor di peringkat Bahagian yang saya lihat masih lagi belum selesai akibat pemilihan parti yang lepas.

2)  Pada pilihanraya umum yang lepas, BN kecundang mempertahankan negeri Selangor. Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang mampu dipertahankan hanyalah 20 berbanding 56 kerusi pada pilihanraya 2004. Kekalahan ini telah telah meletakan kepimpinan UMNO dan BN Selangor dalam keadaan tidak menentu. Khir Toyo melepaskan jawatan pengerusi perhubungan diganti oleh Muhamad Taib. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi meletakan 3 menteri daripada negeri Selangor sebagai strategi awal untuk merampas semula negeri yang terkaya di Malaysia ini.

3)  Pada pilihanraya 2008, UMNO Selangor pimpinan Khir Toyo telah membuat rombakan besar keatas calon-calon. Ramai muka-muka baru ditonjolkan. Apa pun alasan Khir menolak orang lama, sokongan ahli-ahli UMNO tetap berpecah sewaktu pilihanraya. Walaupun ini bukan punca utama kekalahan BN di Selangor tetapi ia banyak menyumbang kepada kekalahan itu. Sebelum pilihanraya, UMNO Selangor kelihatan mantap di bawah khir sehingga 'rombakan calon' yang dilakukan oleh Khir yang mungkin mempunyai 'agenda besar' tersendiri selepas mendapat undi tertinggi di dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.

4)  Selepas pilihanraya, UMNO berdepan pula dengan pemilihan parti. Belum sempat pulih, berlaku lagi perpecahan kerana perebutan jawatan. Walaupun ini proses biasa demokrasi, perpecahan tetap wujud kerana pertandingan ini. Apatah lagi muka-muka baru yang menang kelihatan 'takut dan khuatir' serta tidak mahu menerima yang kalah serta penyokong-penyokongnya. Sekarang ini ada 3 wakil rakyat UMNO di Selangor yang kalah pemilihan parti langsung tidak diberi apa-apa jawatan oleh kepimpinan baru. Pengalaman saya yang pernah dipinggirkan tanpa jawatan bahagian walaupun saya seorang wakil rakyat tidak sepatutnya lagi berlaku sewaktu UMNO sedang sakit dan lemah. Saya menjangkakan terdapat lapan UMNO bahagian di Selangor yang berada di dalam kemelut ini.

5)  UMNO Selangor mesti mencari jalan mengatasi 'pertelingkahan keluarga' ini. Saya banyak berbual dengan rakan-rakan bekas kepimpinan bahagian. Rata-rata mereka ingin melihat akar umbi kuat tetapi orang yang menang takut menerima orang yang kalah. Jika 'pertelingkahan' ini tidak boleh dibendung, saya percaya kita telah mensia-siakan peluang kita untuk merampas Selangor daripada pembangkang.  Pada hemat saya,  'pertelingkahan' ini mungkin akan melebar jika pemilihan calon-calon pilihanraya akan datang boleh mengundang kemarahan ahli-ahli.  Justeru itu, saya kira kekalkan sahaja calon-calon yang sedia ada kecuali mereka-mereka yang bermasalah.


6)  Saya pernah meminta UMNO perhubungan untuk memikirkan cara dan kaedah yang berhemah menangani 'pertelingkahan' ini.  Persoalanya, siapakah yang harus memulakan? yang menang atau yang kalah? atau pihak UMNO perhubungan yang patut mengambil inisiatif berbuat sesuatu? Apa pun yang diperkatakan, 'pertelingkahan'  ini eloklah sama-sama diperbaiki di peringkat Bahagian. Ingatlah, UMNO kini tidak lagi sekuat dahulu. Jika kita boleh berfikir secara waras, yang menang harus mampu mengenepikan 'rasa takut dan khuatir' kepada yang kalah manakala yang kalah pula harus mengenepikan rasa ego dan marah mereka. Apa yang kita mahu di dalam politik adalah kemenangan dan kuasa untuk kita mengurus negara dan rakyat. Jika UMNO terus berpecah, alamatnya kita mungkin akan tewas lebih teruk di dalam PRU ke 13 akan datang.

Salam Perjuangan.

Wednesday, December 29, 2010

SELAMAT BERTEMU SEMULA

Assalamualaikum wth.

1) Selamat bertemu kembali saudara-saudari serta seluruh rakan taulan yang mengenali dan yang pernah melayari blog saya ini. Sudah hampir dua tahun saya meninggalkan blog ini dan tidak lagi menulis.

2) Pada 17 Disember 2008, saya telah diberi amaran oleh Lembaga Displin UMNO kerana dituduh berkempen menggunakan blog semasa saya mempertahankan jawatan. Apa yang saya tulis hanyalah tentang pandangan selaku Ketua Bahagian dan juga peranan serta kerja-kerja saya sebagai wakil rakyat selama dua penggal. Rata-rata komen yang diterima tidak bersetuju dengn keputusan Lembaga Displin ini kerana ia adalah satu langkah kebelakang dan tidak mengikut peredaran semasa. Kepada saya, tidak ada salahnya membina blog asalkan kita tidak memburukan mana-mana pihak. Yang salah ialah menabur wang untuk meraih atau membeli undi. Apa pun, semua itu telah berlalu.

3) Pada 20 Januari 2009, saya telah dihadapkan ke mahkamah sesyen bagi menjawab 7 pertuduhan rasuah. Saya menerima semua takdir ini dengan hati yang tabah dan reda walaupun seluruh keluarga dan anak isteri saya menangis dan merasa tertekan. Inilah dia politik.... Walaupun saya tahu saya tidak melakukan seperti apa yang dituduh, saya harus berdepan juga dengan hakikat ini. Di dalam UMNO, jika kita 'mencurigakan' kita akan dijatuhkan.

4) Alhamdulillah, pada 24 Disember 2010, mahkamah telah membebaskan saya dari semua tuduhan tersebut tanpa di panggil untuk membela diri. Saya bersyukur kerana akhirnya kebenaran datang jua. Seluruh keluarga saya, anak-anak dan isteri tersayang menerima keputusan ini dengan dada yang sangat lapang. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

5) Hari ini saya datang kembali bersama saudara-saudari untuk bertukar-tukar pandangan dan mencari jalan yang terbaik bagi memperkuatkan bangsa melayu yang semakin meninggalkan dan melupakan nasib mereka selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan. Sememangnya kita sudah jauh lebih maju tetapi apakah kita sudah melupakan nasib masadepan bangsa kita untuk 50 tahun yang akan datang? Memikir dan mencari jalan yang terbaik untuk menyatukan bangsa melayu adalah keutamaan kepada saya untuk menulis semula. Sesungguhnya saya mengajak saudara-saudari dan seluruh pemimpin melayu disemua peringkat agar mngenepikan agenda peribadi, kelompok dan kumpulan masing-masing. Kita semakin lemah kerana berpecah dan tidak mustahil 20 tahun lagi atau lebih awal dari itu, orang melayu akan bergaduh dan bercakaran sesama sendiri. Bibit-bibit ini telah lahir dan semakin jelas melebar. Ini sangat merbahaya jika tiada usaha yang ikhlas diambil.

6) Selaku bekas pemimpin kerdil, saya melihat ada usaha oleh pihak-pihak tertentu dan dikalangan pemimpin NGO untuk menyelesaikan kemelut ini tetapi hampir semuanya tidak berjaya. Lantas saya memikirkan apakah jalan dan asas yang terbaik?.

7) Umum mengetahui kemelut yang berpanjangan ini adalah berpaksikan kepada politik. Perbezaan idealogi dan perjuangan politik telah mengasingkan kita sesama kita. Apa yang menyedihkan, hari ini orang melayu bukan sahaja setakat berpecah belah kerana politik tetapi sangat menakutkan orang melayu sedia bercakar dan bergaduh kerana perbezaan ini. Keadaan ini lebih buruk bila wujud perasaan dendam, hasad dan dengki. Yang kuat ingin menjatuhkan yang lemah. Begitu juga kita sesama sendiri, kerana terlalu rakus untuk naik kita sanggup mencari jalan menjatuhkan sesaorang pemimpin biarpun membuat fitnah sehingga mengheret mereka ke mahkamah.

6) Insyaallah, saya akan mengulas dan memberi teguran yang baik di dalam blog ini kepada bangsa saya umumnya dan UMNO khususnya. Jika ia pahit itu adalah kebenaran dan janganlah ia diluah kerana yang pahit itu adalah ubat. Jika kita ingin meletakan perjuangan kita di mata dan fikiran rakyat maka pilihlah perpaduan tetapi jika kita hanya memikirkan agenda peribadi kita, tunggulah saat dan waktu kita akan dihumban oleh rakyat malahan 'orang kita' sendiri di dalam piliharaya nanti. Ketika itu, tiada lagi tangisan dan airmata yang akan mengiringi kita.

Salam Perjuangan dan Selamat Tahun Baru 2011

29 Disember 2010


Monday, February 16, 2009

SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum wth.

Aku ingin terus menulis walaupun tulisan ku ini tidak lagi ada pembaca tetap seperti blog ku yang lama. Kini aku lebih bebas untuk menulis dan meluahkan pandangan ku. Sesungguhnya aku tidak dapat lari daripada kecenderungan ku didalam bidang politik walaupun aku tidak lagi mempunyai kedudukan seperti dahulu. Setelah hampir 20 tahun bergelumang dengan asam garam berpolitik akhirnya aku di heret ke mahkamah atas tuduhan rasuah yang sangat berat hendak ku terima.

Walaupun banyak orang politik terheret kerana 'menghidup politik' tetapi berapa ramaikah yang boleh memahaminya. Persepsi buruk lebih banyak daripada yang baik. Menjaga politik bukanlah mudah kerana ia berkait dengan menjaga kerenah manusia. Apa pun, diruang ini aku akan cuba meneruskan perjuangan ku yang tidak akan tamat sekalipun aku dihantar ke penjara jika sabit kesalahan ini. Aku tidak akan menyesal kerana apa yang aku lakukan adalah kerana politik. Aku percaya masih ramai orang yang faham apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana hal ini boleh berlaku.

Kepada ku apa yang aku taburkan kepada parti baik tenaga, masa mahu wang ringgit jauh lebih besar daripada apa yang dituduh keatas ku. Insyaallah, aku akan mempertahankan kebenaran sebenarnya dan berdoa kepada Allah agar kebenaran ditunjukan jua. Kepada para sahabat dan rakan taulan yang memahami keadaan ku dan situasi sebenar dakwaan ini mohon doakan agar aku boleh menghadapi saat getir ini dengan tabah, redha atas ketentuan Illahi dan terselamat daripada sebarang fitnah. Semoga Allah swt memperkenankanya. Amin